Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pembinaan Janakuasa Hidro Ulu Padas diteruskan

sumbangan (1)
Maximus menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim semasa majlis berbuka puasa SESB, malam tadi. – foto Ille Tugimin / sayangsabah

KOTA KINABALU – Kabinet telah membuat keputusan untuk meneruskan projek pembinaan Janakuasa Hidro Ulu Padas yang akan dilaksanakan oleh sebuah syarikat gabungan yang dijangka akan dimulakan pada tahun ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Dr Maximus Ongkili berkata, pembinaan Janakuasa Hidro Ulu Padas itu penting untuk memastikan bekalan tenaga elektrik di negeri ini mencukupi sehingga 10 tahun akan datang.

“Kerajaan Pusat melalui Jawatankuasa Perancangan Bekalan Elektrik Nasional dan Kerajaan Negeri dijadualkan akan mengadakan mesyuarat pada pertengahan bulan ini bagi membincangkan lebih lanjut berhubung projek berkenaan,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Promenade Hotel di sini malam tadi.

Menurutnya, Janakuasa Hidro yang berharga RM1.4 bilion itu nanti bukan sahaja untuk membekal tenaga elektrik, malah ianya juga berfungsi mengawal aliran Sungai Ulu Padas bagi membendung kejadian banjir di kawasan berhampiran khususnya di daerah Beaufort.

“Kerajaan Pusat berharap projek ini akan dapat dilaksanakan secepat mungkin sebelum Januari tahun hadapan,” katanya lagi sambil menambah bahawa syarikat yang dilantik untuk melaksanakan projek itu merupakan kontraktor dari Sabah.

Beliau berkata, Kerajaan dan SESB juga telah mengenalpasti lokasi untuk pembinaan projek berkenaan yang jauh daripada penempatan penduduk.

– oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan