Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pembinaan Empangan Di Chinta Mata Akan Dilaksana Sebelum Akhir Tahun Ini – Pairin

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

TAWAU : Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata pembinaan empangan di Chinta Mata, di sini akan mula dilaksanakan menjelang akhir tahun ini.

Pairin, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, berkata projek yang menelan belanja kira-kira RM415 juta itu, memakan masa lebih tiga tahun untuk disiapkan.

“Sebaik sahaja mendapat peruntukan daripada kerajaan pusat kerja-kerja pembinaan akan dimulakan. Saya berkeyakinan peruntukan itu akan diperolehi sebelum akhir tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan pembinaan empangan itu, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata pembinaan empangan berkenaan dijangkakan mampu membekalkan sumber air sehingga 30 juta liter sehari kepada penduduk di daerah ini.

Pairin berkata pembinaan empangan itu juga mampu mengatasi masalah banjir yang sering melanda di beberapa kawasan di daerah ini.

Mengulas mengenai masalah air yang dihadapi lebih 20,000 penduduk di Tawau, beliau berkata Jabatan Air Tawau telah mengerahkan beberapa lori untuk memberi bantuan air di kawasan-kawasan yang terjejas.

“Penduduk yang terjejas boleh menghubungi Jabatan Air Tawau untuk penghantaran air ke rumah mereka,” katanya.

Sebelum ini, Jurutera Jabatan Air Bahagian Tawau, Bahrin Antonio berkata lebih 20,000 pengguna di Tawau terjejas apabila paras air sungai di Loji Utara turun sebanyak 50 peratus ekoran musim kemarau yang berlarutan di daerah ini.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan