Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pembinaan Dua Laluan Baharu Di Cyber City Dijangka Kurangkan Kesesakan Di Putatan

10:49pm 17/12/2015 Pak Roshan 304 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

putatan

KOTA KINABALU : Pembinaan dua laluan baharu di Cyber City, Kepayan di sini, dijangka dapat mengurangkan kesesakan jalan raya di daerah Putatan, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin.

Beliau berlaku laluan baharu sepanjang tiga kilometer sehingga ke Lok kawi itu akan menghubungkan Pekan Donggongon ke Jalan Papar Spur.

Cadangan pembinaan laluan baharu itu diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Nombor Rumah dan Penamaan Jalan Raya Kampung Tengah Padang di sini Khamis.

“Pembinaan jalan raya itu akan membantu mengurangkan kesesakan di Putatan kerana ramai akan menggunakannya setelah siap kelak,” katanya.

Yahya berkata laluan jalan raya yang akan melintasi Sungai Petagas itu juga memerlukan pembinaan sebuah jambatan baharu sebagai alternatif bagi mengurangkan kesesakan di jambatan sedia ada yang digunakan sekarang.

Dalam pada itu, katanya pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Petagas dan Sekolah Kebangsaan Petagas juga diluluskan dalam RMK-11.

Mengenai majlis tersebut, Yahya meminta pemaju pemimpin masyarakat agar melaksanakan program itu di setiap kampung dalam daerah berkenaan bagi memudahkan urusan surat menyurat.

Ini bagi memudahkan proses penghantaran barangan terutama kepada peniaga yang menjalankan perniagaan dalam talian memandangkan mereka harus memiliki alamat tepat, katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan