Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pembinaan bangunan satelit bumi perlu disegerakan sebelum pelancaran Satelit RazakSAT-2

5:02pm 21/03/2016 Leolerry Lajius 289 views Tempatan
Madius (tengah) ketika melawat tapak pembinaan bangunan satelit bumi di sekitar kawasan Laya-Laya.-Gambar Oleh Alex Mairin

Madius (tengah) ketika melawat tapak pembinaan bangunan satelit bumi di sekitar kawasan Laya-Laya.-Gambar Oleh Alex Mairin

TUARAN: Bangunan satelit bumi di Tuaran yang akan dibina di tapak dengan keluasan 7.26 ekar dengan kemudahan prasarana memakan kos bernilai RM27.5 juta perlu disegerakan sebelum pelancaran satelit kedua Malaysia iaitu Satelit RazakSAT-2 yang dijangkakan selewat-lewatnya tahun hadapan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, Satelit RazakSAT-2 kini dalam proses tender dan berharap akan dapat melancarkannya selewat-lewatnya tahun hadapan selepas siapnya prasarana di tapak tersebut.

“Prasarana untuk Satelit RazakSAT-2 sangat penting untuk disiapkan agar persediaan untuk pelancaran satelit itu dapat berjalan dengan lancar.”

”Lokasi Tuaran dipilih kerana mempunyai kemudahan tanah yang sedia ada disamping tidak memberikan kesan kepada pembangunan sekitar, malah akan menaikan nilai hartanah di kawasan ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Pusat Sains Negara dan tapak pembinaan bangunan satelit bumi di sekitar kawasan Laya-Laya di sini, hari ini.

Tambah beliau, pembinaan satelit bumi itu adalah penting dalam usaha memantau Satelit RazakSAT-2 yang akan dilancarkan.

“Keluasan tapak Pusat Sains Negara adalah berkeluasan 20 ekar dengan kelengkapan pameran sains dalam dan luar bangunan, pusat itu bukan sahaja menjadi destinasi daya tarikan terhadap sains tetapi juga sebagai tempat pemulihan sikap terhadap bidang sains,”katanya.
Madius turut menyatakan, bangunan itu juga akan dibina ke arah masa depan yang mempunyai teknologi lebih canggih.
“Antara usaha kita untuk memberikan pendidikan secara tidak formal kepada masyarakat tentang sains adalah sains itu adalah menyeronokan dan  bukan sesuatu yang membebankan, sebaliknya menyediakan masa depan yang cerah,” katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Madius (tengah) ketika melawt tapak pembinaan bangunan tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Madius (tengah) ketika melawt tapak pembinaan bangunan tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan