Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pembinaan 180 unit PPR di Kampung Lupak Meluas, Batu Sapi hampir siap 

Musa Aman melawat lokasi pembinaan masjid di Kampung Lupak, Meluas Batu Sapi.
Musa Aman melawat lokasi pembinaan masjid di Kampung Lupak, Meluas Batu Sapi.

SANDAKAN – Sebanyak 180 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan sebuah masjid yang dibina di Kampung Lupak Meluas, Batu Sapi di sini, masing-masing dengan kos RM32 juta dan RM5 juta hampir siap sepenuhnya.

Kedua-dua projek berkenaan yang telah lama tergendala, akhirnya memasuki fasa pembinaan dan projek PPR berkenaan kini 94 peratus siap manakala masjid sudah 64 peratus dalam pembinaan.

Dalam lawatan ke tapak projek terbabit, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, kerja menyiapkan kedua-dua projek itu sedang rancak dilaksanakan oleh pihak pemaju.

Musa Aman melawat projek PPR di Kampung Melupak, Meluas Battu Sapi.
Musa Aman melawat projek PPR di Kampung Melupak, Meluas Battu Sapi.

Musa turut diiringi Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Linda Tsen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya dalam tinjauan ke lokasi projek itu, di sini hari ini.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Zakaria Edris dan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Hamsan Supain. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan