Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemberontak komunis terkenal Filipina dibunuh

PITAO
PITAO

Davao (Filipina): Ketua pemberontak komunis terkenal Filipina mati ditembak pasukan khas tentera sekali gus memberi tamparan hebat kepada kumpulan berkenaan, kata tentera semalam.

Komander Tentera Baru Rakyat (NPA), Leonardo Pitao ditembak mati oleh pasukan khas tentera Filipina di satu kawasan pergunungan berhampiran Davao kelmarin.

“Pitao atau lebih dikenali sebagai Komander Parago adalah idola NPA dan kini anggota kumpulan itu melihat pemimpin mereka akhirnya tewas kepada undang-undang.

“Kematian Pitao bukan sahaja memberi tamparan hebat kepada NPA tetapi ia juga bakal menyaksikan kejatuhan kumpulan itu di wilayah Davao,” kata jurucakap tentera, Eduardo Ano.

Seorang wanita yang dipercayai doktor Pitao juga terbunuh dalam operasi tentera yang menyasarkan pemimpin gerila paling terkenal di Mindanao itu.

Pemberontak berusia 46 tahun itu didakwa bertanggungjawab terhadap puluhan ribu nyawa yang terkorban dan menyebabkan wilayah berkenaan mundur.

NPA dianggarkan mempunyai kekuatan seramai 4,000 pejuang yang separuh daripada mereka berada di Mindanao.

Tentera berkata, kumpulan itu memperoleh dana hasil peras ugut peniaga di kawasan itu.

Beberapa waran tangkap juga dikeluarkan terhadap Pitao atas pelbagai jenayah termasuk membunuh dan merompak. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan