Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PEMBELI LOT KEDAI MINTA KERAJAAN SELESAIKAN PROJEK TERBENGKALAI STAR CITY

Philip, Yee dan Chan bergambar di hadapan projek pembinaan bangunan pusat membeli belah Star City yang terbengkalai. -Gambar SNT/Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Persatuan Pembeli Lot-lot Kedai Star City (Pekestar) merayu kepada kerajaan negeri baharu untuk menyelesaikan permasalahan projek pembinaan pusat membeli Belah Star City yang terbengkalai hampir 12 tahun.

Timbalan Presiden Pekestar, Yee That Hian berkata, projek yang tergendala berkenaan menyebabkan kira-kira 240 ahli hilang punca pendapatan sejak 2005.

“Projek sebenar pembangunan pusat membeli belah Star City sepatutnya siap dalam tiga tahun bermula 2005.

“Tapi ia telah terbengkalai sejak dulu hingga sekarang yang mana hampir 12 tahun.

“Walaupun kami (Pekestar) berkali-kali memohon kepada kerajaan terdahulu untuk menangani permasalahan ini, tetapi sehingga bertukarnya kerajaan, masih tiada tindakan sewajarnya,” katanya.

Keadaan bangunan pusat membeli belah Star City yang terbengkalai.- Gambar SNT/Alfred Petrus

Beliau berkata demikian kepada media ketika Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin membuat lawatan ke tapak bangunan pusat membeli belah Star City dan bertemu dengan ahli Pekestar di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden Pekestar, Philip Liew berkata, kebanyakan pembeli mempunyai keyakinan untuk melabur memandangkan Perbadanan Pembangunan Bandar Sabah (SUDC) sebuah agensi kerajaan negeri di bawah Kumpulan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) adalah pemilik tanah dan menjadi rakan usahasama (JV) dalam projek itu.

“Namun selepas proses pembelian lot selesai, rata-rata pembeli tidak dapat meneruskan pinjaman mereka dan ada antara mereka menghabiskan simpanan mereka hanya untuk membayar sesuatu yang sampai sekarang masih tidak wujud.

“Kami bukanlah orang kaya dan harapan kami adalah hanya satu iaitu menyempurnakan projek ini agar kami boleh berniaga seperti apa yang diimpikan.

“Saya sangat berharap kerajaan baru dapat melakukan sesuatu agar dapat merealisasikan impian kami,” jelasnya.

Beliau menegaskan bahawa, terdapat juga kontraktor yang bermurah hati untuk membantu mereka dalam meneruskan projek berkenaan namun bantuan daripada kerajaan negeri diperlukan agar Petrofiq Sdn Bhd dapat memulakan kerja-kerja pembinaan.

Petrofiq Sdn Bhd adalah kontraktor utama bagi projek Sky Bridge Kota Kinabalu. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan