Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,733

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pembelajaran merupakan satu proses sepanjang hayat-Siringan

11:17pm 28/01/2016 Leolerry Lajius 11 views Pendidikan,Tempatan
Datuk Siringan menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta.-Gambar Oleh Jimmy Tan

Datuk Siringan menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta.-Gambar Oleh Jimmy Tan

KOTA KINABALU: Pembelajaran merupakan satu proses sepanjang hayat sama ada secara formal atau tidak formal dengan mempelajari kemahiran yang berguna bagi membolehkan kita untuk pergi lebih jauh dalam kehidupan kita.

Demikian ungkapan Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Siringan Gubat ketika berucap sempena Majlis Pengijazahan Latihan Grip 1Malaysia di Avangio Hotel Kota Kinabalu petang tadi.

“Sebagai sebuah negara ke arah negara berpendapatan tinggi, sektor perkhidmatan memainkan peranan yang penting dalam mengubah ekonomi kita dan pendidikan merupakan aspek yang perlu dititikberatkan,”katanya.

Tambah beliau, untuk berdaya saing kemahiran dan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan pekerjaan adalah penting dan bukan sahaja perlu bersifat profesional tetapi integriti juga perlu dalam mengendalikan sesuatu perkhidmatan.

“Kita mesti mengekalkan sifat profesionalisme dan integriti kita dalam apa sahaja perkara agar hala tuju kita tidak melencong dari landasan,”katanya.

Program yang diilhamkan oleh Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia tersebut telah berlangsung selama tuju hari.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan