Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,776

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pembelajaran Al Quran melalui kaedah Al Baghdadi semakin digemari

5:03pm 30/11/2016 Leolerry Lajius 6 views Kota Kinabalu,Tempatan
Para pelajar mempersembahkan bacaan al Quran menggunakan kaedah Al Baghdadi. PENERANGAN

Para pelajar mempersembahkan bacaan al Quran menggunakan kaedah Al Baghdadi. PENERANGAN

PUTATAN : Pembelajaran Al Quran melalui kaedah Al Baghdadi semakin digemari dan menjadi pilihan ibu bapa terutama bagi mereka yang mempunyai anak-anak seawal usia Pra Sekolah.

Seramai 24 imam dan daie muda berumur lima hingga enam tahun dari Al Baghdadi Playtime Centre (APC) berjaya memperolehi sijil tamat pengajian pada Majlis Konvokesyen Sesi 2016 di salah sebuah hotel terkemuka, baru-baru ini.

Pengusaha Al Baghdadi Playtime Centre (APC), Putatan, Dayang Nurul Ikhwan Muhidin berkata majlis konvoksyen itu julung kali diadakan dan sambutan baik oleh ibu bapa telah menjadikannya sebagai program tahunan.

“Seramai empat pelajar pada pengambilan pertama tahun ini akan melanjutkan pelajaran ke sekolah rendah aliran tahfiz dan agama selain turut memasuki ke sekolah kebangsaan.

“Di APC, kanak-kanak tersebut bukan setakat diajar asas pengetahuan 3M (membaca, menulis dan mengira) malah keutamaan kepada aspek pembacaan Al Quran berkonsepkan Al Baghdadi menggunakan alat ketuk dan asas fardhu ain.

“Kami menetapkan tempoh tujuh ke lapan bulan untuk setiap pelajar mampu membaca Al Quran.

“Begitu juga dengan hafazan setiap pelajar dipastikan mampu menghafaz satu juzuk sebelum memasuki alam persekolahan tahun satu,” katanya.

Para pelajar 6 tahun menerima sijil tamat pengajian pada majlis Konvoksyen berkenaan. PENERANGAN

Para pelajar 6 tahun menerima sijil tamat pengajian pada majlis Konvoksyen berkenaan. PENERANGAN

Walaupun baru ditubuhkan pada Oktober tahun lalu, APC Putatan boleh berbangga dengan pencapaian yang diperolehi apabila terpilih mempersembahkan Tamhid Al Baghdadi pada Majlis Perasmian Ibu Pejabat Al Baghdadi Negeri Sabah, pada tahun depan.

Pada majlis tersebut, tiga pelajar menerima anugerah khas iaitu Dayang Aisyah Sumayyah, 6, Muhammad Hadi Mifzal Muhammad Kharizal, 5 dan Muhammad Luqman Hakim Suhaimi, 4.

Turut menerima anugerah pelajar harapan dan berpotensi ialah Danisha Chan dan Dinah Qurratul Aini Naqiah Muhd Adhni kedua-duanya berumur tiga tahun.

Manakala bagi anugerah khas ibu bapa berdedikasi di miliki oleh Dayang Permawati Abdul Shami atas sokongan dan kerjasama tinggi yang diberikan.

Hadir sama Nenda, Hajah Langkamanis Hj.Ismawil; Pengarah Pentadbiran Kewangan dan CSR Al Baghdadi Group, Ust.Farhan Hj Alias; Pengusaha APC Putatan, Dayang Nurul Ikhwan Muhidin; Penyelia APC Putatan, Dayang Nurul Jehan Farhanah Muhidin./PENERANGAN-

 Pengusaha APC Putatan, Dayang Nurul Ikhwan Muhidin.PENERANGAN

Pengusaha APC Putatan, Dayang Nurul Ikhwan Muhidin.PENERANGAN

  

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan