Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,751

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pembayaran BR1M 2016 peringkat ketiga diawalkan

3:47pm 10/06/2016 Pak Roshan 2068 views Mutakhir,Nasional

BR1M-600x375-600x375

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju pembayaran peringkat ketiga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 diawalkan mulai 15 Jun ini sempena sambutan Aidilfitri.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.

Katanya, pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima dan bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.

“Melalui pengumuman Bajet 2016, kerajaan memutuskan pemberian BR1M pada tahun ini diagihkan kepada empat peringkat yang mana bayaran peringkat pertama dan kedua masing-masing diagihkan pada 28 Januari dan 28 April lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian bebas tol 1800882716 serta emel kepada [email protected]. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan