Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,698

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pembantu Tadbir Menghadapi Pertuduhan Menggunakan Dokumen Palsu

6:05pm 18/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 136 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang pembantu tadbir telah dikenakan denda berjumlah RM 41,500 atau 20 bulan penjara oleh Mehkamah Sesyen, di sini, hari ini atas enam pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen.

Marlina Hanapiah, 38 hadir di hadapan Hakim Datuk Ishak Bakri mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang telah dibacakan terhadapnya yang melibatkan tuntutan wang sejumlah RM 24,111.

Marlinah telah melakukan kesalahan tersebut diantara 21 Oktober hingga 29 November 2013 bertempat di Pejabat Institusi Kemahiran Belia Negara, (IKBN), Kinarut, Papar.

Tertuduh telah didakwa dibawah Seksyen 471 kanun keseksaan dan boleh dihukum dibawah seksyen 465 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara selama tempoh boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Dalam mitigasi, Marlina mohon agar hukuman penjara tidak dikenakan keatasnya kerana tertuduh mempunyai dua orang anak yang berusia dua dan lima tahun yang perlu dijaga.

“Selepas ini, saya akan mengganggur dan suami saya tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Oleh sebab itu, jika denda yang diberikan sangat tinggi, saya mohon agar pihak mahkamah membenarkan saya untuk membayar secara ansuran”, kata tertuduh.

Pendakwa raya, Awang Shamsul Baharam Bongsu dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mohon agar hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat setempat. Oleh Elezebeth Esther/ Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan