Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,639

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pembangunan PKS jadi keutamaan sempena sesi ‘Townhall’

6:25pm 17/08/2016 Leolerry Lajius 20 views Tempatan
Hashim (dua dari kiri) ketika ditemui media sempena sidang media berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Hashim (dua dari kiri) ketika ditemui media sempena sidang media berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Orang ramai dijemput hadir untuk menyertai sesi Townhall bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia Dato’Seri Mustapa Mohamed yang akan diadakan pada 27 Ogos ini di Auditorium Aras 1, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan bermula 9.30 pagi.

Menurut Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Perindustrian Datuk Hashim Pajian, program ini adalah bertujuan menyampaikan maklumat terkini mengenai pembangunan dan peranan Sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Melalui program ini para peserta juga akan didedahkan dengan saluran atau bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan pembangunan PKS di negara ini amnya dan Sabah khsusnya,”katanya ketika sidang media, di sini, hari ini.

Sempena program ini Mustapa juga akan membentangkan empat perkara penting mengenai PKS iaitu Prestasi terkini dan prospek PKS, program pembangunan PKS di Negeri Sabah, isu dan cabaran yang dihadapi oleh PKS dan draf Rang Undang-undang PKS Kebangsaan.

Menurut Hashim, sempena program ini para peserta juga dialu-alukan untuk menyuarakan permasalahan yang dihadapi oleh mereka secara terus kepada menteri.

“Kita mensasarkan lebih kurang 500 orang peserta yang akan menghadiri program ini dan ia bukan sahaja khusus kepada ahli PKS tetapi turut terbuka kepada orang ramai,”katanya.

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran orang ramai boleh menghubungi Alicia Binguan Pawan 088212700, 016-8406737, [email protected], Dora Pasih 088216126, 016-8233449, [email protected] , Lofina Justin  088210163, 013-8815596, [email protected]  dan Herni Munir  088447373, 012-8449901, [email protected] serta boleh mengisi pra pendaftaran di  https://goo.gl/forms/aLpKZwp16MLXOkkH3 . -Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan