Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pembangunan PKS belia jadi agenda utama

 USAHAWAN BELIA-BELIAWANIS…. Tawfiq bergambar kenangan bersama usahawan belia, Pengarah Hajah Yanong Food Industries Enterprise Pausia Abu (duduk – kiri), Pengarah Heera Food Industries Sdn Bhd, Azharee Hamed (duduk – dua dari kiri) serta tenaga pekerja kedua-dua kilang tersebut. – Foto JIMMY TAN / Sayangsabah

USAHAWAN BELIA-BELIAWANIS…. Tawfiq bergambar kenangan bersama usahawan belia, Pengarah Hajah Yanong Food Industries Enterprise Pausia Abu (duduk – kiri), Pengarah Heera Food Industries Sdn Bhd, Azharee Hamed (duduk – dua dari kiri) serta tenaga pekerja kedua-dua kilang tersebut. – Foto JIMMY TAN / Sayangsabah

KOTA KINABALU – Pembangunan sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sentiasa menjadi agenda utama kerajaan dalam membantu usahawan bumiputera terutama golongan belia di negeri ini.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, ia terbukti apabila sebanyak 154 program pembangunan yang melibatkan dana kerajaan dan swasta berjumlah RM13.35 bilion telah dan sedang dilaksanakan pada tahun lepas.

“Sebanyak 15 Kementerian serta lebih 60 agensi dan jabatan kerajaan terbabit dalam menjayakan pelaksanaan program itu,” katanya semasa berucap di majlis perasmian Heera Food Industries Sdn Bhd dan Hajah Yanong Food Industries Enterprise, di Kilang SME Bank, Lok Kawi dekat sini hari ini.

Menurutnya, program tersebut meliputi lima bidang utama iaitu pembangunan modal insan, akses pembiayaan, pasaran, penerapan inovasi dan teknologi serta infrastruktur.

Menurutnya, ia termasuk enam program belia dalam perniagaan yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad.

“Hari ini kita telah bersama-sama melihat dua buah syarikat bumiputera yang dimiliki oleh usahawan belia dan beliawanis dibuka secara rasminya. Ia sememangnya satu usaha yang baik dalam pembangunan belia di negeri ini,” katanya.

Justeru itu, beliau berharap agar lebih ramai belia akan memiliki cita-cita untuk memiliki perniagaan sendiri seterusnya memberi peluang kepada orang lain.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan