Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pembangunan pendidikan perlu komitmen semua pihak

pendidikan tempatan

TENOM: Pendidikan bukan agenda negara yang boleh dijayakan secara bersendirian, sebaliknya ia merupakan bidang yang melibatkan dan memerlukan komitmen semua pihak berkepentingan.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata, kejayaan sistem pendidikan sebagai perkhidmatan kepada masyarakat akan dinilai berdasarkan keupayaan untuk dinikmati kumpulan sasaran iatu para pelajar.
“Kejayaaan ini banyak dipengaruhi oleh kekuatan kerjasama dalaman dan di luar organisasi pendidikan. Antaranya ibu bapa, guru-guru termasuk badan badan NGO.
“Semua pihak sewajarnya menyedari dan menerima hakikat bahawa agenda pendidikan perlu dijayakan secara koloborasi bagi menentukan kejayaan PIPP” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutupan program  Kembara UPSR 2014 di bawah Program Tranformasi Pendidikan Daerah (DTP) anjuran bersama Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Tenom dan Pejabat Pendidikan Daerah di Dewan Terbuka SK Bakuku, di sini baru-baru ini.
Dalam program tersebut, Jamawi turut menyertai konvoi dan singgah di beberapa buah sekolah antara Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Tomani, SK Kungkular, SK Ulu Toani, SK Simpang dan SK Bakuku di kawasan pedalaman.
Menurut Jamawi, cabaran-cabaran yang melanda masyarakat hari ini, terutamanya era globalisasi memerlukan keperihatinan dan permuafakatan antara pihak sekolah dan komuniti untuk mengatasinya.
Sambil memuji usaha yang dilakukan oleh MGB Daerah Tenom yang komited menganjurkan program tersebut, Jamawi berkata, ia dapat membangkitkan semangat pelajar terutamanya di luar bandar untuk berjaya dan cemerlang dalam bidang akademik.
Sementara itu Pengerusi MGB Daerah Tenom, Nordin Mohd Taib berkata, antara objektif program tersebut adalah untuk melahirkan calon berkeyakinan dan berkebolehan mencapai sasaran UPSR.
Menurut beliau, ia juga bertujuan untuk merealisasikan program FAST 123 bagi memastikan sekolah-sekolah rendah daerah itu berada di band 1 band 2 dan Band 2 menjelang tahun 2015.
” Penglibatan semua guru besar di daerah ini yang melibatkan sebanyak 46 buah sekolah dapat menggalakkan penglibatan semua warga sekolah secara aktif dalam mencapai sasaran kecermalangan peperiksaan awam dengan kerjasama pihak luar, PIBG dan masyarakat setempat,” jelasnya.

 

Komen


Berita Berkaitan