Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pembangunan pekan baharu Kalabakan penting

kalabakan

KOTA KINABALU : Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat meminta Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (Sedco) untuk melaksanakan pembangunan rumah kedai di kawasan Kalabakan.
Beliau berkata, kawasan itu strategik apabila dibangunkan kelak menjadi pekan baharu Kalabakan akan datang.
“Ia sekaligus bakal merancakkan ekonomi penduduk setempat, selain menggalakkan lebih ramai usahawan bumiputera dilahirkan.
“Justeru, saya harap Sedco akan memfokuskan untuk membuka lebih banyak premis perniagaan di kawasan luar bandar dan pedalaman bagi kemudahan usahawan kecil-kecilan memasarkan produk dan jualan mereka seperti di Kalabakan,” katanya semasa membuat kunjungan hormat kepada Pengurus Kumpulan Sedco, Pengiran Saifudin Pengiran Tahir, di pejabatnya, semalam.
Hamisa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Batu berkata, pekan baharu itu akan memacu pertumbuhan ekonomi utama di daerah ini kerana kedudukannya yang strategik iaitu pintu masuk ke Kalabakan dan Tawau.
Jelasnya, kedudukan pekan itu yang tidak sampai dua jam dari Jalan Sapulut-Kalabakan menghubungkan daerah Nabawan, Keningau, Pensiangan dan kawasan pantai barat.
“Apabila keluar dari Jalan Sapulut-Kalabakan, antara kawasan utama yang akan ditemui ialah kampung tersebut. Jadi apabila pekan baru itu dibangunkan, ia akan menjadi tempat persinggahan,” katanya.
Menurutnya, antara tarikan dan keistimewaan kawasan tersebut ialah hasil udang galah yang menjadi sumber ekonomi penduduknya ketika ini.
“Kita percaya lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan akan wujud. Permohonan sebuah pekan yang baharu sudah lama dilakukan tetapi baru kini mendapat perkembangan positif,” jelasnya.
Beliau percaya, pekan itu akan menjadi tumpuan berbeza pekan kecil di Kampung Rancangan Kalabakan, dekat sini yang sebelum ini menjadi tempat persinggahan orang ramai.

Komen


Berita Berkaitan