Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,801

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pembangunan pantai Tanjung Aru bermula tahun depan

9:56pm 28/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 514 views Tempatan
Peter beri taklimat kepada media mengenai pembangunan di kawasan Tanjung Aru, disini, petang tadi

Peter beri taklimat kepada media mengenai pembangunan di kawasan Tanjung Aru, disini, petang tadi

KOTA KINABALU- Pantai Tanjung Aru akan ditransformasikan kepada sebuah kawasan tepian air bersepadu mesra alam mulai tahun depan.

Menurut Pengarah Projek Savills Developement dan Pengurusan Projek, Peter Adam, projek seluas 348 hektar itu bertujuan menambah keindahan sekitar pantai berkenaan.

“Pantai Tanjung Aru akan dibersihkan serta diberi nafas baru. Manakala, Taman Prince Philips bakal diperluaskan kepada 12 hektar, iaitu dua kali ganda daripada keluasan yang asal,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena taklimat media berkenaan ‘Tanjung Aru Eco Development (TAED)’, Perdana Park, Tanjung Aru, disini, petang tadi.

Selain itu, Peter berkata kawasan pantai sepanjang 1.35 kilometer itu akan kekal dibuka kepada orang awam.

Katanya, terdapat beberapa perubahan bakal dilakukan di kawasan pantai itu termasuklah penambahan trek pejalan kaki dan berbasikal dan pusat ekologi.

“Ia bertujuan untuk memastikan generasi akan datang dapat menikmati serta memanfaatkan kemudahan yang disediakan di kawasan tersebut,” ujarnya.

Disamping itu, katanya, fasa pertama pembangunan kawasan itu akan bermula pada suku pertama tahun hadapan dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan September, 2019.

Hadir sama, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Yeo melihat model TAED sambil ditemani Peter

Yeo melihat model TAED sambil ditemani Peter

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan