Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pembangunan negara perlukan inovasi sains dan teknologi

4:46pm 12/11/2015 Dewiana Tinggolongon 44 views Kota Kinabalu,Tempatan
Datuk Seri Panglima Madius Tangau

                                               Datuk Seri Panglima Madius Tangau

KOTA KINABALU- Pembangunan negara Malaysia ke arah negara  maju memerlukan pembangunan dalam aspek sains dan teknologi bagi membantu membangunkan sektor industri dalam negara ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri panglima Madius Tangau berkata tanpa kemajuan sains dan teknologi adalah sukar bagi negara ini bersaing dengan negara maju yang lain.

“Sabah memang terkenal dengan conservation dan ia berguna untuk pembangunan Sabah di masa akan datang.

“Begitu juga dengan pembangunan industri ia juga penting untuk kemajuan negara, tanpa kemajuan industri agak sukar untuk kita maju ke depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena perasmian bengkel Pemindahan Teknologi kepada Nilai tambah Kayu Akasia dari Sabah – Projek komuniti Stia disokong  oleh Mosti, di sini hari ini.

Menurutnya, sebagai menteri MOSTI baharu ia merupakan cabaran yang bukan mudah bagi beliau untuk menghadapi cabaran kemajuan sains dan teknologi tersebut.

Sungguhpun demikian, beliau berkata MOSTI tetap komited menjaankan tanggungjawab untuk membangunkan sains dan teknologi di negara ini juga di negeri Sabah.- Sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan