Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,795

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pembangunan luar bandar keutamaan BN

8:07pm 29/12/2015 Ann Vivien 17 views Politik,Tempatan
Ellron memotong riben sebelum masuk dewan.

Ellron memotong riben sebelum masuk dewan.

KENINGAU :  Pembangunan di luar bandar adalah menjadi keutamaan Kerajaan Barisan Nasional ( BN ).

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Ellron Alfred Angin berkata, kerajaan sentiasa melihat pembangunan di luar bandar khususnya di kawasan Pedalaman.

Katanya, pelbagai program pembangunan rakyat yang telah dirancang oleh kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat.

“Justeru itu sokongan rakyat perlu berkekalan kepada kerajaan yang ada bagi kelangsungan program pembangunan yang telah dirancang” katanya semasa berucap merasmikan dewan SLDB di Kampung Dalit Gana pada Isnin.

Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Sook berkata, rakyat perlu berpandangan jauh ke hadapn dan jangan mudah terpengaruh dengan propaganda pembangkang yang sering memutarbelitkan fakta dan memesongkan pemikiran rakyat.- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan