Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pembangunan ketara di Parlimen Sepanggar

KOTA KINABALU – Sepanjang jalan sekitar bandaraya sudah kelihatan tiang-tiang bendera dinaikkan menandakan sudah hampir masanya Pilihan Raya Umum ke-14 yang diraikan lima tahun sekali.
Pengumuman calon juga sudah dilakukan, kini tiba masa berkempen, namun suara hati rakyat juga perlu di ambil kira demi kelangsungan hidup mereka bagi mengetahui kejayaan tampuk pemerintahan dahulu dan akan datang.
Sebagai seorang warga emas yang berusia 66 tahun, Haji Masri Mansor, yang tinggal di Kampung Rampayan mengakui banyak perubahan ketara dapat dilihat berlaku di Parlimen Sepanggar.
“Kalau dari sudut perubahan, memang ketara kita nampak dari segi infrastruktur pembangunan.
“Kampung-kampung yang dahulu tiada jalan raya kini sudah ada, begitu juga bekalan elektrik dan air, saya tidak menafikan ada juga yang belum dapat walaupun tinggal di kawasan bandaraya.
“Dulu tiada universiti, sekarang sudah ada Universiti Malaysia Sabah (UMS), begitu juga Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan politeknik. Sekolah menengah pula begitu banyak di sini termasuklah kawasan perumahan kerana kita maklum kawasan ini adalah kawasan elit,”ujarnya.
Dengan itu,  selaku pengundi Masri berharap agar wakil rakyat tang baharu dapat tumpukan kawasan yang belum cukup infrastruktur terutama sekali perkampungan anak negeri bagi menunaikan tanggungkawab kepada rakyat.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana ramai di kampung saya layak mendapat elaun sara hidup nelayan sebanyak RM350 dan saya harap semua yang layak akan turut diberi bantuan memandangkan kos sara hidup sekarang semakin tinggi .
“Saya juga berharap kerajaan dapat menambah lagi pembinaan rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di kawasan ini,”katanya.
Baktiar Amin.
Sementara itu, Baktiar Amin, 62 yang tinggal di Kampung Warisan berkata di awal penempatan kampung tersebut dahulu, kemudahan prasarana agak kurang.
“Sekarang alhamdulillah kami sudah ada dewan, kami juga sudah ada masjid bagi menggantikan surau yang sebelum ini dibina sementara oleh masyarakat kampung secara ala kadar,”ujarnya.
Beliau yang juga penerima BR1M memuji keprihatinan Datuk Jainab Ahmad Ayid yang sering turun padang dan memberikan pelbagai bantuan untuk penduduk kampung.
“Datuk Jainab ini saya anggap seperti wanita besi kerana begitu tekun menunaikan tanggungjawab walaupun berdepan pelbagai masalah.
“Jika dia menerima aduan dari pihak kami, dia pasti akan turun melawat dan mendengar permasalahan secara terus dan dia sememangnya layak menerima pujian dari kami,”katanya.
Tetapi menurut Baktiar, apa yang perlu dititikberatkan ialah pemantaun terhadap kontraktor yang dilantik bagi tujuan pembinaan jalanraya, perparitan, pembersihan dan pemotongan rumput supaya menjalankan tugas seperti yang dipertanggungjawabkan.
Dalam pada itu, Asri Abdul Mali, 55 turut menyampaikan hasrat hati bagi mewakili anak muda di Kampung Rampayan yang inginkan prasarana seperti dewan serbaguna, balairaya, padang bola sepak serta gelanggang futsal.
“Kawasan untuk membina prasarana itu memang ada tetapi terhad kerana kawasan tersebut di kelilingi paya bakau dan pasti akan memerlukan kerja yang banyak dan masa yang panjang .
“Tetapi prasarana ini memang satu keperluan dan sangat di harapkan di kampung kami kerana ia boleh juga digunakan untuk mengendalikan sebarang majlis dan kenduri.
“Saya juga menyarankan agar wakil yang dipilih selepas PRU nanti untuk turut melibatkan belia-belia dalam aktiviti-aktiviti yang dianjutkan kerana peranan belia juga amat besar untuk tempoh-tempoh akan datang,”katanya.
Asri Abdul Mali.
Mereka ditemui selepas Majlis Santai Rakyat yang diadakan di Kg. Numbak pada Khamis yang dirasmikan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman.
Dalam majlis tersebut Musa turut mengumumkan pewartaan tanah seluas 21 hektar sebagai tapak kediaman penduduk Kg Numbak.
“Beberapa lagi kawasan di kawasan Sepanggar akan diwartakan sebagai tanah kampung termasuk Kampung Kuala Menggatal dan Kampung Kibagu.
“Kerajaan Persekutuan juga sudah membelanjakan RM9 juta untuk bekalan air terawat di kawasan Sepanggar, selain peruntukan RM800,000 untuk membaiki titian di Kg. Numbak,”katanya./Unit MAMS, PENERANGAN.
Musa bersama barisan kepimpinan merakamkan kenangan bersama para hadirin.

Komen


Berita Berkaitan