Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,763

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pembangunan ICT ke arah meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan awam

4:59pm 01/11/2016 Leolerry Lajius 40 views Tempatan,YB Datuk Siringan Gubat

KOTA KINABALU: Usaha untuk memberikan tumpuan kepada pembangunan Teknologi Mudah Alih akan terus dilaksanakan bagi meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat Datuk Siringan Gubat berkata, langkah ini adalah penting bagi memudahkan urusan yang melibatkan pembayaran bil, permohonan dan sebagainya.

“Kerajaan juga telah menyediakan satu Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA) iaitu sebuah galeri berpusat dan sahih bagi semua aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh kerajaan.”

“Sekiranya galeri ini tidak diwujudkan, rakyat perlu mencari aplikasi yang diperlukan dari Google Playstore, iOS Store atau Windows Store yang mungkin tidak pasti kesahihannya,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Perasmian Seminat ICT (SEMIT) Negeri Sabah kali ke-10, di sini, hari ini.

Sehingga kini, terdapat 117 aplikasi yang melibatkan pelbagai jabatan telah dimuatnaik ke GAMMA.

Beliau turut menyatakan, kerajaan melalui telefon mudah alih dengan menggunakan ‘Gerbang Perkhidmatan Kerajaan’ telah diperkenalkan sejak 2008 dengan inisiatif mySMS 15888.

“Pada tahun 2011, inisiatif myGov Mobile diperkenalkan yang merangkumi perkhidmatan mySMS, myMMS, myUSSD, myPay dan myApp.”

“Sehingga kini, sebanyak 396 agensi telah menggunakan gerbang-gerbang di myGov Mobile dengan menyediakan lebih 4,000 perkhidmatan melalui telefon mudah alih,”katanya.

Siringan turut menyatakan, usaha pembangunan ICT ini juga adalah sebagai salah satu langkah mengurangkan penggunaan kertas dalam sebarang urusan yang melibatkan borang.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Siringan (dua dari kanan) ketika melawat salah satu pameran sempena seminar berkenaan.

Siringan (dua dari kanan) ketika melawat salah satu pameran sempena seminar berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan