Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pembangunan belia sentiasa menjadi keutamaan- Masiung

3:02pm 20/04/2016 Leolerry Lajius 12 views Laporan Sidang DUN,Sukan,Tempatan

KOTA KINABALU: Pihak Kementerian Belia dan Sukan Sabah telah menggariskan pelbagai aktiviti, kegiatan dan program pembangunan belia yang bertujuan untuk meningkatkan jati diri belia.

Menurut Pembantu Menteri kepada  Menteri Belia dan Sukan Datuk Masiung Banah, antara langkah ke arah merealisasikan hasrat tersebut kementerian telah menggubal Dasar Pembangunan Belia dan melihat semua aspek secara bersepadu termasuk kecergasan fizikal, kejituan rohani serta kepakaran sosial.

“Selaras dengan Kerangka Pelan Tindakan Indeks Belia Sabah 2015, kementerian saya telah merancang dan melaksanakan pelbagai program yang melibatkan belia di 26 bahagian di seluruh negeri ini yang melibatkan 12 teras utama.”

“Antara program yang dianjurkan khusus untuk golongan belia ini adalah program kemahiran dan keusahawanan seni kreatif jahitan, program kenegaraan dan patriotism, lawatan sambil belajar, kem transformasi dan banyak lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri Banggi Datuk Abdul Mijul Hj. Unaini yang bertanya apakah langkah yang diambil oleh kerajaan  bagi memastikan golongan belia di negeri ini mempunyai jati diri yang kuat, boleh diharap sebagai generasi pelapis serta tidak menjadi tanggungan kerajaan kerana terlibat dengan gejala yang menyalahi undang-undang.

Tambah beliau aktiviti belia yang dilaksanakan di kawasan Banggi adalah Program Explorasi Gunung Sinabung yang telah dilaksanakan pada 14 hingga 17 April yang lalu dan  mendapat penyertaan seramai 50 orang peserta dan juga pelaksanaan Hari Sukan Negara yang akan dilaksanakan pada 7 hingga 9 Oktober nanti dengan penyertaan 10,000 orang peserta.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan