Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PEMBANGUNAN 83 SEKOLAH DAIF DI SABAH TERGENDALA; AZMIN

PENAMPANG: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mendakwa kemajuan dan pembangunan sekolah-sekolah daif di negeri ini adalah rendah berikutan beberapa projek yang diberikan kepada kontraktor kerajaan terdahulu banyak yang tergendala.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sebanyak 83 buah sekolah daif di negeri ini telah diberikan kepada kontraktor UMNO telah tergendala dan kemajuannya hanya 12 peratus sahaja berbanding 37 buah sekolah daif yang berjaya disiapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri.

Mohamed Azmin berkata, sehubungan itu kementeriannya telah mengambil keputusan untuk turun ke semua negeri dan Sabah merupakan negeri pertama dikunjungi dan mengadakan taklimat dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah bersama pegawai kanan kementerian beliau, semalam.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali (dua kiri) pada sidang media ketika ditemui di Majlis Pimpinan KEADILAN (MPN) Sabah di Penampang. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Dalam taklimat itu, kita telah mendapat maklum balas tentang keperluan dan keutamaan pembangunan di Sabah berdasarkan peruntukan pembangunan yang telah diluluskan bagi 2018 iaitu sebanyak RM4.1 bilion dan kita ingin memastikan peruntukan ini dapat dibelanjakan sepenuhnya demi membangunkan Sabah.

“Keutamaan telah diberikan kepada sektor pendidikan supaya sekolah-sekolah daif di Sabah dibangunkan segera dengan peruntukan yang diluluskan.

“Malangnya, proses yang dilakukan oleh regim yang lama itu adalah proses yang tidak telus menyebabkan pembangunan sekolah2 daif ini telah tergendala manakala projek-projek pembangunan sekolah daif yang dilakukan oleh JKR negeri telah dilakukan dengan baik.

“Ini merupakan pengkhianatan kepada masa depan anak-anak kita yg tidak mendapat akses kepada kualiti pendidikan dan saya telah mengarahkan supaya Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) menyiapkan kertas kerja untuk diserahkan kepada Kabinet agar kita memastikan peruntukan yang diluluskan itu dapat disalurkan terus kepada kerajaan Sabah untuk pembangunan sekolah-sekolah dan institusi pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Perwakilan Negeri PKR di pejabat PKR Negeri Sabah, di Penampang, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata, dalam pertemuannya dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, Kota Kinabalu pada sebelah pagi, kedua-dua pihak turut membincangkan mengenai perkhidmatan air bersih dan terawat, bekalan elektrik serta keselamatan di Sabah.

Menurutnya, sejumlah RM184 juta peruntukan telah diluluskan bagi tujuan meningkatkan aspek keselamatan di Sabah, tetapi sehingga suku keempat tahun ini, belum ada projek yang dikenal pasti untuk dilaksanakan menggunakan peruntukan tersebut.

“Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menghadapi masalah, termasuk penculikan dua rakyat Indonesia baru-baru ini.

“Datuk Seri Mohd Shafie juga memaklumkan kerajaan negeri terpaksa menanggung perbelanjaan sebanyak RM600,000 semata-mata untuk memastikan pembelian diesel bagi bot keselamatan dapat dibiayai.

“Maknanya, pengurusan aset keselamatan ini tidak dijalankan dengan bertanggungjawab menyebabkan kerajaan negeri terpaksa menanggung lebih setengah juta ringgit,” ujarnya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan