Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pembangkang tidak sepakat – Salleh

7:31pm 03/09/2016 Pak Roshan 91 views Mutakhir,Politik
BENDAHARI UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. - Foto Malai Rosmah Tuah

BENDAHARI UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. – Foto Malai Rosmah Tuah

KOTA BELUD: Rakyat perlu memahami kedudukan parti pembangkang yang gagal mencapai kata sepakat menamakan bakal Perdana Menteri jika berjaya membentuk kerajaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, berkata keadaan itu menggambarkan ketidakmampuan pembangkang memimpin dan mentadbir negara.

Beliau berkata, kelemahan itu perlu dipandang serius dan dijadikan pertimbangan utama rakyat apabila membuat keputusan berkaitan dengan masa depan kerajaan dan negara.

“Semua parti pembangkang gagal menamakan bakal Perdana Menteri mereka kerana tidak bersetuju dengan pilihan parti masing-masing. “Kalau ini pun gagal mendapat kata sepakat, bayangkan apa jadi kepada negara jika mereka memerintah kerana saling bercakaran.

“Kita mengakui UMNO dan Barisan Nasional (BN) ada kelemahan, tetapi kita ada pemimpin yang jelas dan disokong semua parti komponen,” katanya dalam amanat sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Kota Belud, di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, Salleh yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Belud menyifatkan bekas pemimpin UMNO yang kini bersekongkol dengan pembangkang dan meniupkan pelbagai sentimen bagi meraih simpati rakyat sebagai agas politik yang suka mengganggu keutuhan parti dan kerajaan.

Beliau turut menyifatkan pemimpin terbabit seperti helang yang terbang sekadar untuk mengintai peluang, pulang apabila mendapat apa dikehendaki dan hilang jika tidak mendapat apa-apa.

“Berwaspada dan berhati-hati dengan perbuatan seorang dua agas politik, termasuk yang sudah tua, dulunya bersama dalam perjuangan UMNO tetapi kini berpatah arang.

“Kita harus bangkit dan menentang orang yang jadi dalang dan petualang, merosakkan UMNO dan cuba menenggelamkan bahtera kita dengan mempolemikkan cerita seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) serta pelbagai helah politik,” katanya. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan