Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pembangkang adalah satu pakatan yang berpecah belah

5:56pm 09/10/2016 Leolerry Lajius 47 views Kota Kinabalu,Politik,Tempatan
Datuk Seri Liow Tiong Lai (dua dari kanan) ketika persidangan berkenaan.

Datuk Seri Liow Tiong Lai (dua dari kanan) ketika persidangan berkenaan.

KOTA KINABALU: Pembangkang adalah satu pakatan yang berpecah-belah serta mempunyai ideologi yang berbeza dan tidak sehaluan.

Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, senario ini dapat dilihat melalui keadaan politik di negeri ini yang melibatkan parti-parti pembangkang.

“Pembangkang merupakan satu pakatan yang berpecah-belah dan lebih mengutamakan ideologi mereka masing-masing.”

“Kita dapat melihat senario ini melalui senario semasa politik yang melibatkan DAP, PKR dan termasuk juga PAS,”katanya ketika ditemui media sempena Perhimpunan Agong MCA, di sini, hari ini.

Beliau turut menyatakan bahawa, parti pembangkang khususnya di Sabah juga turut menggunakan slogan ‘Sabah For Sabahan’ dan cuba menggunakan pelbagai dakyah untuk mendapatkan sokongan rakyat.

“Apa sahaja slogan yang mereka gunakan, itu hanya alasan kerana mereka mempunyai agenda masing-masing.”

“Bagi MCA, kita tetap komited untuk berbakti kepada rakyat di negeri ini,”katanya.

Tambah beliau, satu kounsel juga telah ditubuhkan bagi membincangkan isu  berkaitan dengan masalah pengangkutan yang melibatkan kesemua negeri.

“Penubuhan kounsel ini adalah bagi membincangkan isu berhubung masalah pengangkutan dan ia turut melibatkan kesemua negeri kerana kita melihat setiap negeri mempunyai masalah yang berbeza dalam hal ini.”

“Kita akan bekerjasama erat dengan kerajaan negeri untuk mencari langkah penyelesaian bagi setiap permasalahan yang dihadapi,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Antara yang hadir sempena persidangan berkenaan.

Antara yang hadir sempena persidangan berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan