Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pembalak Temui Cendawan Lingzhi Seberat 70kg

CENDAWAN Lingzhi gergasi yang dijumpai seorang pembalak di Vietnam.
CENDAWAN Lingzhi gergasi yang dijumpai seorang pembalak di Vietnam.

Hanoi – Seorang pembalak menemui cendawan Lingzhi gergasi seberat hampir 70 kilogram dipercayai berusia 1,000 tahun.

Cendawan itu dijumpai di sebuah kawasan hutan di daerah Tuong Duong di wilayah Nghe An, utara Vietnam bersempadan dengan Laos.

Pembalak itu memberitahu, kerana terlalu besar, cendawan itu terpaksa dikerat dua dan diangkat empat lelaki dewasa.

Bahagian kecil cendawan itu dijual kepada seorang penduduk tempatan dengan harga £875 (RM5,692).

Katanya, dia juga menerima tawaran untuk membeli bahagian cendawan yang lebih besar itu pada harga £2,330 (RM15,158).

Bagaimanapun, lelaki itu masih belum memutuskan mahu menjual cendawan berharga itu atau tidak.

Cendawan Lingzhi dianggap sebagai cendawan ajaib kerana dipercayai sangat berkhasiat dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit.

Tumbuhan itu sudah digunakan untuk tujuan perubatan di China dan beberapa negara di Asia sejak lebih 2,000 tahun lalu.

Lingzhi juga dipercayai cendawan paling tua di dunia yang digunakan dalam perubatan. – Agensi/myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan