Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pembakaran terbuka berleluasa di Papar tahun lalu

Dunsten Peter. - foto Aryan De Vera
Dunsten Peter. – foto Aryan De Vera

PAPAR – Jumlah kerugian akibat kebakaran di daerah ini menurun kepada RM311,800 tahun lalu berbanding RM15.6 juta pada 2013 dengan jumlah harta benda yang berjaya diselamatkan pada 2014 dianggarkan sebanyak RM1.09 juta berbanding RM150.2 juta pada tahun sebelumnya.

Menurut Ketua Balai Bomba Daerah, Dunsten Peter, penurunan ketara ini membuktikan kempen kesedaran yang dilaksanakan secara berterusan di kampung-kampung dan premis-premis kerajaan serta swasta mencapai matlamatnya

Walau bagaimanapun, jumlah kebakaran belukar di daerah ini meningkat kepada 45 kes ekoran musim kemarau panjang yang berlaku pada tahun lalu menjadikannya sebanyak 67 kes berbanding hanya 22 dicatatkan pada 2013.

“Sebahagian besar petani dan pekebun mengambil peluang terhadap situasi kemarau itu dengan melakukan pembakaran terbuka sebagai jalan mudah untuk membersihkan kawasan pertanian mereka.

“Bagaimanapun katanya, statistik keseluruhan kes kebakaran di daerah ini untuk tahun 2014 mencatatkan penurunan sebanyak sembilan kes kepada hanya 29 kes berbanding 38 kes pada tahun 2013 lalu,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dunsten berkata, kebakaran hutan menjadi kes kedua tertinggi sepanjang tahun lalu dengan 33 kes diikuti kebakaran bangunan (11), kenderaan (10), kebun/ladang (enam), alat perkakas dan sampah masing-masing tiga kes serta gas (dua).

Tambahnya, hanya satu kematian dicatatkan sepanjang tahun 2014 dan jumlah sama turut direkodkan pada tahun sebelumnya.

Sementara itu katanya, sebahagian besar punca kes kebakaran melibatkan bangunan di daerah ini disebabkan oleh kecuaian pemilik kediaman itu sendiri yang memandang remeh aspek keselamatan.

Katanya, kecuaian menjadi faktor penyumbang kepada 80 peratus kejadian kebakaran bangunan yang berpunca akibat api lilin atau dapur gas yang dibiarkan berpasang tanpa dijaga khususnya ketika memasak hingga kepada lintar pintas. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan