Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pembabitan belia dalam bidang pertanian masih kurang

9:40am 07/06/2014 Pak Roshan 444 views Beaufort,Tempatan

petani

BEAUFORT: Pembabitan golongan belia dalam sektor pertanian di negeri ini masih berkurangan yang turut memberikan kesan terutama kepada penghasilan stok bekalan makanan pada masa depan.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Beaufort, Omar Shahron Haji Osin, berkata daripada kira-kira 800,000 petani di seluruh negara, penglibatan golongan belia dalam sektor itu amat sedikit iaitu hanya sekitar 15 peratus sahaja yang menunjukkan penglibatan belia dalam sektor ini masih berkurangan,

Sehubungan itu, katanya, jika isu tersebut tidak diatasi segera, keadaan itu bukan sahaja bakal menjejaskan pengeluaran hasil pertanian negara, malah menyebabkan Malaysia terus bergantung kepada hasil pertanian yang diimport.

”Keadaan ini jelas menunjukkan golongan belia di negara ini tidak berminat dengan sektor pertanian dan lebih cenderung untuk menceburi dalam bidang lain yang difikirkan lebih berkembang maju berbanding pertanian,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan Kursus Pengurusan Kelapa Sawit Sayur-sayuran dan buah-buahan di Dewan Perpustkaan Daerah Beaufort, kelmarin.

Kursus yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort dengan kerjasama beberapa jabatan dan agensi kerajaan itu turut menarik perhatian lebih dari 50 peserta terdiri golongan belia di daerah ini menyertainya.

Menurut Omar Shahron, untuk mengatasi masalah berkenaan, Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort mengambil beberapa langkah serta pendekatan bagi mengajak golongan muda menceburi bidang pertanian sebagai satu bidang perniagaan yang boleh menjanjikan pulangan dari segi perkembangan taraf sosio ekonomi mereka.

Selain itu katanya, langkah drastik termasuk memperkenal program usahawan tani muda, khusus untuk golongan belia di itu akan diteruskan

”Persepsi golongan belia terhadap aktiviti pertanian perlu diubah. Sektor ini bukan seperti dulu lagi, sebaliknya merupakan salah satu aktiviti perniagaan yang mampu memberi pulangan lumayan,” katanya.

Menurut Omar Shahron lagi, kerajaan melalui pelbagai jabatan dan agensinya turut menyediakan beberapa kemudahan bagi menarik minat golongan belia menceburi sektor pertanian, antaranya pemberian insentif, pinjaman, latihan dan juga bimbingan.

Sehubungan itu, beliau berharap golongan belia tidak mempersia-siakan segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan sebaliknya berusaha memanfaatkan kemudahan ini untuk merubah masa depan mereka terutamanya dalam mempertingkatkan taraf ekonomi mereka seharian.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan