Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemasangan Fasa Terakhir Talian Penghantaran 275kV Kampung Kelatuan Bermula Esok – SESB

sesbstabil

KOTA KINABALU : Projek pemasangan fasa terakhir talian penghantaran baru berkeupayaan 275 kiloVolt (kV) di Kampung Kelatuan, Papar, akan bermula esok sehingga 23 Feb ini.

Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dalam kenyataannya Jumaat berkata, ia adalah salah satu projek yang menghubungkan Janakuasa Kimanis kepada Sistem Grid Sabah dan apabila siap akan membolehkan Janakuasa Kimanis menyalurkan kesemua kuasa penjanaannya kepada Sistem Grid.

“Semasa pemasangan projek ini, satu pelan luar jangka atau pengurangan risiko telahpun dirancang dan dilaksanakan dengan teliti oleh SESB melalui penggunaan “Sistem Baik Pulih Kecemasan (ERS)” yang telah diguna pakai untuk memindahkan talian ‘hidup’ kepada menara sementara ERS untuk membolehkan bekalan terus disalurkan ke Sistem Grid semasa kerja-kerja projek dilaksanakan,” katanya.

Menurut kenyataan berkenaan, pihak SESB juga akan menempatkan anggota-anggota kerja di setiap Pencawang Masuk Utama (PMU) sepanjang projek pengukuhan sistem grid dilaksanakan bagi memastikan bekalan yang berterusan serta membolehkan tindakan pantas diambil sekiranya berlaku gangguan bekalan.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan