Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PEMANTAUAN BERTERUSAN AKTIVITI PENCATUTAN HARGA DALAM SST

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menerangkan hal berkenaan SST dalam sidang media selepas Taklimat SST di sini hari ini.Gambar SNT/Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Kerajaan akan terus memantau peniaga untuk menghalang aktiviti pencatutan harga barangan melalui Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi menstabilkan harga barangan dan perkhidmatan selepas perlaksanaan SST.

“Kita mahu pastikan aktiviti pencatutan dapat dikawal dan KPDNHEP sedang mengkaji perkara ini.

“Apa yang harus dilakukan oleh kita semua, laporkan kepada pihak berwajib jika terdapat barangan atau perkhidmatan yang tidak sepatutnya dikenakan SST ini dinaikkan harga dan dikenakan cukai.

“Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan disiasat dan tindakan akan diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Taklimat SST di sini Hotel Hilton hari ini.

Tambahnya, KPDNHEP juga akan turun padang untuk memantau harga-harga barangan dan perkhidmatan di semua peringkat.

Sementara itu, Lim menegaskan bahawa kesan kenaikan harga melalui SST ini akan mula dirasai oleh masyarakat dalam masa satu hingga dua bulan lagi.

Namun jelasnya, kenaikan berkenaan tidak terlalu dirasai berbanding GST. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan