Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PEMANGKU PRESIDEN SAFA DAN TAMBADAU SABAH BANTU BEKAS PEMAIN SABAH

KOTA KINABALU: Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Peter Anthony bersama skuad Tambadau Sabah dan bekas pemain Sabah akan mengadakan program amal minggu ini.

Pengurus pasukan Tambadau Sabah Henry Saimpon berkata, mereka akan melawat bekas pemain Sabah pada tahun 1970-1980-an, Paulus Jimit  di Tambunan yang sakit akibat serangan angin ahmar sejak 2015 pada Jumaat ini (15 Mac).

Henry Soimpon. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

“Kami akan melawat Paulus pada sebelah pagi dan malamnya akan mengadakan perlawanan amal untuk beliau (Paulus) dan seorang lagi bekas pemain Sabah dari Pedalaman Atas pada tahun 1990-an, Jelius Arurung yang juga sakit dan hilang penglihatan disebabkan masalah buah pinggang.

“Perlawanan amal ini akan berlangsung di Stadium Keningau antara skuad Tambadau Sabah dan pasukan pilihan Keningau,” kata Henry dalam kenyataannya pada Selasa.

Sepak mula perlawanan amal itu adalah pada jam 7.00 malam dan orang ramai dialu-alukan datang menyaksikan perlawanan itu sambil beramal.

“Program amal ini adalah idea Pemangku Presiden (SAFA) Datuk Peter bagi membantu bekas pemain yang pernah berjasa mengharumkan nama negeri Sabah tetapi kini sedang sakit.

“Bagi Tambadau Sabah ini adalah antara pengisian selain latihan harian sempena saingan Liga Premier berehat kira-kira tiga minggu,” kata Henry yang juga bekas pemain Sabah.

Henry berkata, skuad Tambadau Sabah juga telah merancang mengadakan beberapa perlawanan pemanas badan dengan pasukan dari Liga Super di Semenanjung minggu depan.

“Perlawanan persahabatan dengan pasukan dari Liga Super ini penting bagi memastikan momentum baik pasukan sekarang tidak terjejas oleh rehat panjang saingan Liga Premier,” katanya.

Sabah kini di kedudukan kedua carta Liga Premier selepas mengumpul 11 mata dari enam perlawanan dengan rekod tiga menang, dua seri dan satu kalah.

Tangga teratas carta membabitkan 11 pasukan itu dihuni Johor Darul Ta’zim II (JDT II) yang telah mengumpul 13 mata manakala dua pasukan di bawah Sabah adalah UiTM FC dan Selangor United yang masing-masing telah mengumpul 10 mata.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan