Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemandu Viva D3V1L ditahan

Chandra menunjukkan kenderaan milik suspek.
Chandra menunjukkan kenderaan milik suspek.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditahan polis kerana menggunakan plate kereta bernombor D3VIL yang tidak wujud dalam sistem.

Lelaki berkenaan yang berusia 28 tahun dan merupakan kakitangan awam ditahan ketika pihak polis menjalankan tugas Operasi Khas di Jalan Coastal Asia City pada rabu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, ketika operasi berkenaan pihak polis telah membuat pemeriksaan ke atas kenderaan dan pemeriksaan teliti ke atas nombor  Kad Pengenalan pemandu-pemandu dengan menggunakan alat MCOPS.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat sebuah kereta Perodua Viva hitam menggunakan plate kereta bernombor  D3V1L yang tidak wujud dalam sistem.”

“Pemandu dan kereta tersebut ditahan untuk siasatan lanjut kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya.

Tambah Chandra, ketika ditanya, suspek menggunakan alasan terlupa dan minat menggunakan nombor kenderaan berkenaan.

“Kes seumpama ini bukan kes baru kerana pada tahun lalu kita turut menahan seorang pengguna yang menggunakan nombor kenderaan ‘Selamat Hari Raya’,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah 

Komen


Berita Berkaitan