Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,786

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemandu Van cuai, seorang penunggang motorsikal maut

5:16pm 19/01/2016 Leolerry Lajius 1606 views Tempatan

IMG-20160119-WA0005

KOTA KINABALU: Seorang penunggang motorsikal maut dalam satu kejadian kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah Motosikal jenis  Honda, sebuah van jenis Toyota Hiace dan sebuah motokar jenis Proton Saga yang berlaku di Jalan Bantayan / Kionsom berhampiran Wisma Gaya Sport awal pagi tadi.

Mangsa Nerrel Esau Gidong, 21 yang berasal dari Kampung Bambangan Inanam meninggal ketika dalam perjalanan menuju ke hospital kerana mengalami kecederaan yang parah.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kejadian ini berlaku ketika  penunggang motosikal jenis Honda EX5 dari arah Inanam menghala ke arah Kampung Bantayan.

Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal ini telah terlanggar pada bahagian tepi sebelah kanan sebuah van sekolah di hadapannya yang sedang keluar ke jalan utama (selepas mengambil pelajar sekolah) menyebabkan penunggang motosikal hilang kawalan ke atas kenderaan dan tercampak ke laluan bertentangan.

Pada masa yang sama sebuah kenderaan jenis  Proton Saga datang dari arah bertentangan (dari arah Kampung Bantayan) tidak sempat mengelak lalu terlanggar penunggang motorsikal tadi.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan ini disebabkan oleh kecuaian pemandu van sekolah semasa masuk ke jalan utama kerana tidak memberi laluan kepada motosikal yang datang dari arah belakang hingga perlanggaran berlaku,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan