Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PEMANDU TERSEPIT, BERTEMBUNG DENGAN VIVA

Anggota bomba berbincang mengenai cara terbaik mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaannya. Gambar SNT/Ehsan Bomba Penampang

PUTATAN: Seorang lelaki tersepit di dalam sebuah kereta akibat kemalangan jalan raya berhampiran Pusat Latihan Jalan Duvanson di sini pagi tadi.

Mangsa yang juga pemandu kenderaan jenis Proton Iswara tersepit apabila bertambung dengan sebuah Proton Viva ketika kejadian pada jam 6.20 pagi.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang menerima panggilan kecemasan tersebut dan menggegaskan anggotanya yang diketuai oleh Pegawai Bomba Ahmady Wahab ke lokasi kejadian.

Ahmady Wahab berkata, mangsa tersepit di bahagian kaki berjaya dikeluarkan.

Anggota bomba dalam operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit itu. Gambar SNT/Ehsan Bomba Penampang

Katanya, mangsa tersebut mengalami cedera ringan dihantar ke hospital menggunakan ambulan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Manakala seorang mangsa wanita pemandu Perodua Viva dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital sebelum jentera Bomba tiba.

Lokasi kejadian. Gambar SNT/Ehsan Bomba Penampang

“Maklumat mangsa tidak diperolehi dan operasi tamat pada jam 6.50 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan