Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemandu Teksi Maut Dalam Nahas Di Tawau

eksiden

TAWAU : Seorang pemandu teksi maut manakala seorang penumpangnya cedera selepas teksi tersebut bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Persona di Km75, Jalan Tawau-Kunak kira-kira pukul 3.03 petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai Latang Tassaka, 69, beralamat di Jalan Apas manakala penumpangnya Yunus Maka, 47, yang patah kaki.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus dalam kenyataan Jumaat berkata siasatan awal mendapati teksi yang menuju arah Lahad Datu itu cuba memotong sebuah lori, namun gagal lalu bertembung dengan kereta tersebut yang datang dari arah bertentangan.

Beliau berkata pemandu teksi tersebut meninggal di Hospital Kunak.

— BERNAMA

eksiden1

Komen


Berita Berkaitan