Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemandu panik, tidak sedar heret mayat mangsa kemalangan

KEMALANGAN NGERI... Bahagian pinggang hingga kaki mangsa (dalam bulatan) yang masih berada di tempat kejadian, manakala badan mangsa diheret pemandu sejauh 800 meter.
KEMALANGAN NGERI… Bahagian pinggang hingga kaki mangsa (dalam bulatan) yang masih berada di tempat kejadian, manakala badan mangsa diheret pemandu sejauh 800 meter.

KOTA KINABALU – Seorang pemandu yang panik selepas terlanggar seorang penunggang motorsikal lelaki bertindak meneruskan perjalanan sambil tidak menyedari bahawa kenderaan yang dipandunya mengheret sebahagian badan mangsa, di Jalan UMS di sini hari ini.

Pemandu kenderaan jenis Proton Iriz itu kemudian berhenti setelah menyedari telah mengheret badan mangsa kira-kira 800 meter dari lokasi kemalangan yang berlaku kira-kira jak 6.00 pagi Khamis.

Lelaki berumur 30 tahun itu kemudian memandu ke arah Balai Polis Alamesra untuk membuat laporan mengenai kemalangan ngeri berkenaan.
Ketua Polis Daerah, Assisten Komisioner M.Chandra berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berhampiran One Borneo itu berpunca apabila penunggang motorsikal terbabit hilang kawalan sebelum terbabas dan memasuki lorong bertentangan.

“Pada masa yang sama, sebuah kereta Proton Iriz yang datang dari arah Indah Permai gagal mengelak lalu melanggar penunggang tersebut,” katanya di sini hari ini.

Kemalangan itu mengakibatkan badan penunggang motorsikal jenis Honda Wave terputus dua setelah di heret sejauh l.kurang 800 meter dari tempat kejadian.

“Bahagian pinggang hingga ke kaki masih berada di tempat kejadian, manakala badan termasuk kepala mangsa diheret oleh kenderaan tersebut,” katanya lagi.

Penunggang motorsikal itu dkenalpasti sebagai Adlye Stuart Okip berumur 25 tahun dan berasal dari Kuala Penyu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan