Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemandu nyaris maut apabila lori terbakar

lori

LAHAD DATU: Seroang Pemandu lori nyaris maut apabila lori yang dipandunya tiba-tiba terbakar ketika melalui Kilometer 32, Jalan Lahad Datu-Tunku pada Sabtu.

Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Abu Bakar Taraji ketika dihubungi berkata jabatannya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.19 pagi dan menghantar satu jentera dengan tiga anggota ke lokasi kejadian.

Api berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya pada jam 11.53 pagi dan tiada kecederaan jiwa dilaporkan.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Sementara itu di Kota Kinabalu, sebuah kereta kancil terputus dua dalam satu kemalangan di Bukit Padang dekat sini pada Sabtu.

Pemandu kereta tersebut seorang lelaki berusia 24 tahun cedera ringan.

Beliau mendakwa kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta Toyota Vios dari arah yang bertentangan. Pemandu kereta Toyota Vios juga cedera ringan dalam kejadian tersebut.

Impak pelanggaran tersebut menyebabkan kereta Kancil terputus dua dan bahagian Belakang terhumban sejauh 50 meter dari lokasi pelanggaran.

Komen


Berita Berkaitan