Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemandu maut jentolak terhumban ke lombong

jentolak

 

KAMPAR : Seorang pemandu jentolak maut selepas jentera yang digunakan untuk meratakan pasir di sebuah lombong berhampiran kawasan ternakan itik di Kampung Lanjut, Malim Nawar dekat sini hari ini, terhumban ke dalam lombong tersebut.

Mayat Lo Yoak Ben, 62, ditemui di dasar lombong berkenaan oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pukul 5 petang .

Ketua Polis Daerah, Supritendan Ng Kong Soon berkata, mangsa dikatakan melakukan kerja-kerja me­ratakan pasir di lombong tersebut sejak pukul 8.30 pagi.

Walau bagaimanapun katanya, kira-kira pukul 10 pagi selepas itu, seorang pekerja di lombong berke­naan melihat jentera berkenaan secara tiba-tiba terjatuh ke dalam lombong itu bersama mangsa.

Jentera tersebut dijumpai kira-kira 12 meter dari tebing manakala mayat mangsa pula ditemui tujuh meter dari tempat mangsa dikatakan terjatuh. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa dipercayai lemas selepas jentera yang dipandunya menggelongsor dan terhumban ke dalam lombong berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan