Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemandu Maut, Dua Anggota Keluarga Cedera Dalam Nahas Di Tawau

gambar hiasan
gambar hiasan

TAWAU : Seorang pemandu maut manakala dua anggota keluarganya cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 19.2, Jalan Apas Parit dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah ACP Fadil Marsus berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 petang itu, kereta jenis Proton Saga yang dinaiki tiga sekeluarga itu bertembung dengan kereta Nissan Sunny.

“Mangsa yang maut dikenali sebagai Rody Mohd Zain mengalami kecederaan pada bahagian kepala, kaki dan tangan dan telah meninggal dunia semasa menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Tawau.

“Anaknya Rodzyan Hazwan Haziq Rody, 3, dan adik perempuan Rody iaitu Jumaatiah Mohd Zain, 29, mengalami kecederaan. Pemandu kereta Nissan Sunny itu dikenali sebagai Riduwan Sarman, 31 turut cedera,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Fadil berkata siasatan awal mendapati kereta Nissan Sunny yang dalam perjalanan dari Kilometer 24 ke Kampung Apas Parit cuba mengelak sebuah motosikal yang keluar dari sebelah kiri bahu jalan tetapi hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Proton Saga itu.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan