Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemandu maut di litar STC

Seorang pemadu lelaki maut ketika memandu uji sebuah kereta jenis Toyota Coupe dalam satu kemalangan di litar STC, Batu 5, di Sandakan. – Foto ihsan Polis

 

SANDAKAN: Seorang lelaki terbunuh dalam kemalangan di litar STC, Batu 5, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, pemandu berusia 52 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, hasil siasatan awal mendapati pemandu yang sedang memandu uji sebuah kereta jenis Toyota Coupe disyaki tiba-tiba hilang kawalan.

“Akibatnya, kereta mangsa terbabas ke sebelah kanan bahu jalan lalu merempuh simen konkrit parit dan terbalik. Kereta itu kemudiannya jatuh ke dalam longkang lebih kurang 10 meter dari bahu jalan.

“Pemandu juga dilaporkan tercampak keluar dari kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Azhar berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke bilik mayat Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –  Oleh Hazsyah Abdul Rahman/BH Online

Komen


Berita Berkaitan