Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PEMANDU MAUT DI JALAN MAWAR, TAWAU

Kenderaan Pajero yang terbabas itu. Gambar SNT/Ehsan IPD Tawau

TAWAU: Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas ke dalam sebuah parit di Jalan Mawar, di sini awal pagi ini.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 3.25 pagi itu, mangsa, Tan Sin Wei, 44, gagal mengawal kenderaan jenis Pajero Jip ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Jen Leong, Kampung Jawa.

Ketua Polis Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, sampel darah suspek telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia manakala kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa suspek dari arah bandar Tawau menuju ke rumahnya di Taman Jen Loong, Kampung Jawa.

“Setiba di Jalan Mawar hadapan TRC Club, tiba-tiba suspek hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan seterusnya telah terbabas ke dalam parit simen.

“Akibat perlanggaran itu, suspek mengalami kecederaan di bahagian leher dan di bawa ke Hospital Tawau oleh ambulans untuk mendapatkan rawatan. Kenderaan suspek mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan dan pecah cermin besar hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Fadil, suspek disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 5.10 pagi semasa menerima rawatan di Hospital Tawau.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan