Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemandu maut, 5 murid cedera van masuk parit

SEORANG pemandu maut selepas van sekolah dinaiki terbabas ke dalam parit di Jalan Tikus, dekat Tawau, pagi tadi. - Foto ihsan bomba
SEORANG pemandu maut selepas van sekolah dinaiki terbabas ke dalam parit di Jalan Tiku, dekat Tawau, pagi tadi. – Foto ihsan bomba

TAWAU: Seorang pemandu maut, manakala lima murid dan seorang wanita cedera selepas van sekolah dinaiki terbabas ke dalam parit di Jalan Tiku, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.10 pagi itu, Abdul Rahman Osman, 52, dari Kampung Kinabutan Kecil, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian.

Enam lagi mangsa termasuk ibu kepada seorang murid, cedera ringan dan dirawat di Hospital Tawau.

Difahamkan, van sekolah itu dalam perjalanan dari Batu 4 Jalan Apas ke Kampung Jawa dan Kongsi 10 sebelum terbabas ke kanan jalan di laluan bertentangan lalu terjunam ke parit.

Polis masih menyiasat punca kemalangan termasuk kemungkinan pemandu mengalami serangan jantung.

Ia berikutan murid yang duduk di bahagian penumpang hadapan mendakwa mangsa `tertidur’ secara tiba-tiba, menyebabkan van itu hilang kawalan dan terbabas.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan