Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

pemandu mabuk dijatuhkan hukuman

gambar hiasan
gambar hiasan

KOTA KINABALU- Mahkamah Majestret di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM2,300 atau lima bulan penjara kepada seorang lelaki tempatan yang mengaku bersalah memandu dalam pengaruh alkohol.

Terrence Tung Chih Kyen, 26, mengaku bersalah di hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus atas kesalahan yang dilakukannya pada 7 Jun lepas, jam 2.20 pagi di Jalan Bundusan berhadapan dengan Damai Club.

Hukuman itu dijatuhkan ke atasnya adalah berdasarkan Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam seksyen itu dia boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM6,000 atau penjara tidak kurang 12 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa trafik Inspektor Hanif Mamyudi.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan