Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemandu Lori Maut Nahas Jalan Raya Di Jalan Sukau-Sandakan

6:50pm 01/07/2016 Pak Roshan 977 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

kemalangan

SANDAKAN : Seorang pemandu lori maut manakala kelindannya parah dalam nahas jalan raya di Jalan Sukau-Sandakan, semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Mohd Zain berkata mangsa dikenali sebagai Syahril Bin Bacok, 52, mati di tempat kejadian.

Katanya siasatan awal mendapati, lori tersebut terbabas selepas memotong sebuah kenderaan lain ketika dalam perjalanan dari Sukau ke Lahad Datu dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang.

Sewaktu lori itu ingin masuk semula ke laluan asal, ia telah terbabas ke kiri jalan dan tergolek beberapa kali, katanya di sini, hari ini.

Menurutnya kelindan lori itu, seorang lelaki berusia 65 tahun menerima rawatan di Hospital Kinabatangan dan keadaannya dilapor stabil.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1897 dan saksi kejadian itu diminta tampil untuk memberi keterangan dengan berhubung terus Pegawai Penyiasat Inspektor Nurwati Ismail di talian 089-242254.
— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan