Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemandu lori maut kemalangan jalanraya

Keadaan Toyota Vios terbabit selepas terlibat kemalangan di Jalan Sepanggar, berhampiran Taman Jaya Diri, sini, semalam
Keadaan Toyota Vios terbabit selepas terlibat kemalangan di Jalan Sepanggar, berhampiran Taman Jaya Diri, sini, semalam

KOTA KINABALU- Seorang pemandu lori maut selepas lori yang dipandu terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan jenis Toyota Vios, di Jalan Sepanggar, berhampiran Taman Jaya Diri, disini, semlam.

Dalam kejadian lebih kurang jam 10.57 malam, kedua-dua pemandu Motinjol Monukong, 59 dan seorang lelaki, 28 mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Likas untuk rawatan lanjut.

Mojingol disahkan meninggal dunia pada jam lebih kurang 6.15 pagi, hari ini di Bilik Kecemasan Hospital Likas, manakala, pemandu kenderaan Toyota Vios itu hanya mengalami luka-luka kecil di badannya.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M.Chandra, ketika kejadian itu, pemandu kenderaan Toyota Vios tersebut dalam perjalanan menghala ke arah Tuaran melalui Jalan Sepanggar, apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan tersebut berlanggar pada bahagian tepi sebelah kiri lori itu.
“Siasatan awal mendapati bahawa punca kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu lori yang cuai semasa membuat pusingan ‘U’ hingga berlakunya perlanggaran dengan kenderaan Toyota Vios,”katanya.

Menurut Chandra lagi, kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Keadaan lori tersebut selepas terlibat kemalangan di Jalan Sepanggar, berhampiran Taman Jaya Diri, sini, semalam
Keadaan lori tersebut selepas terlibat kemalangan di Jalan Sepanggar, berhampiran Taman Jaya Diri, sini, semalam

Komen


Berita Berkaitan