Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemandu Lori Maut Kemalangan Di Tuaran

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU – Seorang pemandu kenderaan berat maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua buah lori seberat lapan tan dan sebuah kereta di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Tamparuli, Tuaran, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian melibatkan lori tangki air, lori membawa baja serta Perodua Kembara itu kira-kira jam 7 pagi tadi.

“Kedua-dua mangsa adalah pemandu dan penumpang lori tangki air. Mereka dibawa ke hospital menggunakan ambulans.

“Pemandu disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital, manakala seorang lagi mengalami cedera parah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan