Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemandu Lori Maut Dalam Kemalangan Di Bukit Ular Jalan Nangoh-Paitan

9:46pm 20/04/2017 Pak Roshan 6686 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

Foto Ihsan Pembaca

BELURAN, 20 April : Seorang pemandu lori maut dan dua kelindannya cedera parah dalam nahas jalan raya di Bukit Ular, Kilometer 76.9 Jalan Nangoh-Paitan dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, lori tersebut yang membawa muatan baja terbabas ketika menuruni bukit lalu terbalik.

Ketua Polis daerah Beluran Supt Shivanathan Velautham berkata pemandu lori, Ahmad Nongkang, 59, yang tersepit di dalam lori tersebut, mati di tempat kejadian.

Katanya dua kelindan lori itu, Jeprii  Azis, 35, patah kedua-dua kaki, manakala Rosli Ruma, 34, patah bahagian paha.

Mayat Ahmad yang tersepit kemudian dikeluarkan dari lori itu dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat.

Beliau berkata siasatan polis  mendapati kes kemalangan ini berpunca daripada kegagalan pemandu untuk mengawal kenderaan apabila tiba di jalan yang berselekoh tajam, curam dan menuruni bukit.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan