Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,640

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemandu Kereta Sapu Ditahan Miliki Syabu

7:04pm 21/02/2016 Pak Roshan 860 views Jenayah,Mutakhir
syabu-sandakan-600x367

gambar hiasan

BELURAN : Polis menahan seorang pemandu kereta sapu dan merampas 52.40 gram syabu di Kilometer 52 Jalan Beluran-Telupid, semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt Sivanathan Velautham berkata lelaki berusia 45 tahun yang ditahan itu memiliki kad pengenalan bertaraf pemastautin tetap.

“Ketika ditahan pada 9 malam, polis menemui satu paket plastik berisi ketulan hablur disyaki dadah jenis syabu di dalam kereta lelaki itu,” katanya dalam kenyataan di sini Ahad.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan