Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pemandu kereta langgar lelaki ulat parkir

GAMBAR menunjukkan seorang ulat parkir dilanggar sebuah kereta.
GAMBAR menunjukkan seorang ulat parkir dilanggar sebuah kereta.

Rio de Janeiro: Seorang pemandu bertindak melanggar seorang lelaki kerana berang selepas mangsa membaling batu pada cermin keretanya.

Kejadian itu berlaku apabila seorang lelaki dipercayai ulat parkir membaling batu ke arah beberapa kenderaan di sebuah tempat letak kereta.

Rakaman kamera keselamatan di lokasi itu menunjukkan lelaki itu membaling batu ke arah cermin beberapa buah kereta yang keluar tanpa membayar wang kepadanya.

Beberapa pemandu dilihat tidak mempedulikan tindakan lelaki berkenaan dan terus meninggalkan lokasi kejadian.

Bagaimanapun, seorang pemandu tiba-tiba berang selepas cermin keretanya dibaling batu dan terus melanggar lelaki berkenaan.

Rempuhan itu menyebabkan lelaki itu tersangkut di bonet kereta dan tercampak ke dinding apabila pemandu itu membrek.

Lelaki itu kemudian dilihat bangun perlahan-lahan dan tidak mengalami sebarang kecederaan. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan