Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemandu kencing di landasan kerana takut lewat

10:41am 18/09/2016 Pak Roshan 1482 views Global
GAMBAR menunjukkan seorang pemandu kereta api laju Jepun meletakkan kakinya di atas cermin. - Agensi

GAMBAR menunjukkan seorang pemandu kereta api laju Jepun meletakkan kakinya di atas cermin. – Agensi

Tokyo: Sebuah operator kereta api Jepun, JR East semalam memohon maaf selepas seorang pemandunya dilihat kencing di landasan ketika bertugas kerana dia tidak mahu perkhidmatan itu terlewat sekiranya pergi ke tandas.

Pemandu berusia 50-an itu dilaporkan melakukan perbuatan itu pada Isnin lalu, ketika kereta apinya berhenti di stesen Sakura di Chiba, tenggara Tokyo.

Dia kemudian membuka pintu kabin dan kencing di atas landasan sebelum kereta api itu bergerak semula.

Menurut laporan media Jepun, pemandu itu kencing di atas landasan kerana dia tidak mahu perkhidmatan itu terlewat sekiranya dia pergi ke tandas.

JR East yang menerima laporan berkenaan daripada beberapa saksi, mengarahkan pemandu itu pergi ke tandas jika perlu tetapi tidak memberitahu tindakan yang diambil ke atas lelaki itu.

“Kami memohon maaf kerana menyebabkan pelanggan kami berasa jijik dan tidak selesa.

“Kami memandang kes ini dengan serius dan memberi arahan jelas kepada pemandu supaya kejadian serupa tidak berulang lagi,” kata syarikat itu.

Kes itu berlaku selepas seorang pemandu kereta api laju dikecam pada awal bulan ini selepas sekeping gambar yang menunjukkan dia meletakkan kaki di atas panel kawalan tersebar di Internet.

Syarikat Kereta Api Tengah Jepun berkata, pemandu berusia 29 tahun itu mengaku mengendalikan kereta api berkenaan dengan posisi seperti itu selama 10 saat.

Syarikat itu juga berjanji mengenakan tindakan tegas terhadap pemandu berkenaan. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan