Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pemandu kaki buluh

11:31am 16/04/2016 Pak Roshan 610 views Global
NAWIR menunjukkan batang buluh yang digunakan untuk memandu lori pikap miliknya.

NAWIR menunjukkan batang buluh yang digunakan untuk memandu lori pikap miliknya.

Nunukan: Dilahirkan cacat tanpa kedua belah kaki tidak menjadi halangan bagi seorang lelaki di bandar ini mencari rezeki dengan bekerja sebagai pemandu lori.

Nawir, 29, pada mulanya menyara keluarga dengan mengemis, tetapi bertekad mengubah kehidupannya selepas ditanya pekerjaannya oleh anaknya yang berusia empat tahun.

“Kasihan anak saya jika dia tahu pekerjaan bapanya adalah pengemis,” katanya.

Menurutnya, sejak itu dia mula mencari pekerjaan sebelum rakannya menawarkan dia menjadi pemandu lori pikap untuk membawa barangan.

“Hasil daripada sedikit wang simpanan saya membayar duit muka untuk membeli lori pikap secara ansuran dengan bank. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan